Setiap
amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan yang kita laksanakan adalah
dengan penuh pengharapan agar ianya diterima oleh Allah S.W.T. kerana
apabilan amalan kita diterima oleh Allah S.W.T maka barulah ganjaran
pahala yang akan kita terima sebagai bekalan yang akan kita bawa di hari
akhirat nanti untuk menghadapi keadilan di mahkamah Allah S.W.T. Jika
amalan kebaikan kita di timbang dan di dapati dengan timbangan yang
berat maka dengan rahmat Allah kita akan di masukkan ke dalam
syurga-Nya.
Apakah
kita merasai bahawa kesemua amalan-amalan kebaikan yang kita kerjakan
ini akan di terima oleh Allah S.W.T.? Sedangkan jika dilihat daripada
hadis Nabi S.A.W. yang panjang diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal terdapat
8 perkara yang akan menjadi penghalang dan menyebabkan amalan-amalan
kita tidak di angkat dan diterima oleh Allah S.W.T.
Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
1. Mengumpat.
2. Mengharapkan keduniaan.
3. Sombong
4. Ujub
5. Pendengki dan hasad
6. Tidak mengasihi orang lain.
7. Sum'ah dan riak
8. Tidak ikhlas.