Sunday, June 23, 2013

~ Beautiful Soul ...........

Kisah Pengawal Penjara Guantanamo Peluk Islam 
 Terry Holdbrooks (29) adalah bekas pengawal penjara yang bertugas di kem tahanan “pengganas” di Guantanamo Bay. Semasa bertugas sebagai pengawal penjara tentera ini, beliau seorang athiest yang percaya kesemua agama di dunia ini adalah kejam dan jahat. Ini semuanya berubah selepas beliau bertugas di Gitmo.



2


Terry bertugas selalunya pada shift malam. Kerana kebosanan beliau mula berbual dengan banduan yang ditangkap. Beliau sering berbual dengan seorang banduan bernama Ahmed Errachidi yang berasal dari Ethiopia. Perbualan tentang agama antara mereka berdua membawa kepada terbukanya hanti Terry untuk memeluk agama Islam pada tahun 2003. Beliau mengucap syahadah di hadapan beberapa orang banduan dan secara serta merta kehidupan beliau berubah. Terry mula kehilangan rakan dan dicemuh pengawal penjara yang lain. Beliau juga dituduh sebagai PEMBELOT kerana memeluk agama “ganas” Islam. Selepas berhenti berkhidmat kepada tentera beliau kembali semula ke Amerika Syarikat.


Di Amerika beliau mula menjadi seorang pemabuk dan mengambil dadah. Ini adalah kerana beliau mahu melupakan apa yang beliau lihat sepanjang beliau bertugas di Gitmo. Menurut Terry lagi beliau melihat banduan diseksa dengan teruk sekali. Ada banduan yang dipaksa berdiri sambil tangan digari selama 8 jam berturut-turut sehingga terbuang air besar. Beliau melihat muka banduan dicalit dengan darah haid serta banduan bogel disimbah air di dalam bilik dengan penghawa dingin pada tahap maksimum.


Kerana tidak mahu meneruskan hidup yang tidak tentu arah beliau berubah untuk menjadi seorang muslim sejati. Beliau berhenti meminum minuman keras dan mengambil dadah. Terry menulis sebuah buku bertajuk “TRAITOR” yang menceritakan pengalaman beliau bekerja sebagai pengawal penjara di Gitmo dan hijrah beliau menjadi seorang muslim. Kini beliau berusaha untuk memaksa Presiden Obama menutup kem tahanan Gitmo yang pada hemat beliau melanggar hak asasi manusia dan tidak langsung menepati ideal Amerika Syarikat yang mengutamakan kebebasan dan hak saksama antara manusia. Obama pernah berjanji pada tahun 2008 untuk menutup Gitmo jika memenangi pilihanraya presiden. Janji tidak ditepai kini masa menjawab kepada Terry.

Apabila ditemuramah mengapa beliau memeluk Islam, Terry Holdbrooks berkata;
“I had all the freedom in the world, But I was waking up unhappy while these men were in cages, smiling and praying five times a day.”

Anda boleh follow Terry Holdbrooks atau nama Islam beliau sekarang Mustafa Abdullah di Twitter di @TerryHoldbrooks.
3l

 4 

Saturday, June 22, 2013

Adab Mendengar Azan ............



 
 
 
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui “Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah”.

 
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui. Cuba Kita amati.
Mengapa Kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa..?? Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .

 
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :

“Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak ALLAH akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya”.

 
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang yang beragama Islam, kita wajib menghormati azan.

 
Jika mendengar Lagu Kebangsaan, kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan berkumandang kita tidak boleh mendiamkan diri??? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, ALLAH akan kelukan lidahnya ketika nazak.

 
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah” yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNYA menjanjikan Syurga untuk mereka.

 
Dari itu, marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada ALLAH supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

Sunday, June 16, 2013

Jangan Menyesal .............

Thursday, June 13, 2013

4 Perkara Yang Paling Berharga Dalam Diri Manusia ................


Walau dimana kita berada, dan kita buat yang paling penting kita jangan lupa pada Allah. Ingat DIA akan selalu memerhatikan apa yang kita lakukan. Setiap apa yang disuruh Rasulullah itu bersebab, dan itu tanda sayang Rasulullah pada kita.

Rasulullah SAW telah bersabda :
Ada 4 perkara paling berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab.

4 perkara yang paling berharga dalam diri manusia tersebut adalah :
1-Akal.
2-Agama.
3-Malu.
4-Amal Soleh.


Maka akal akan hilang disebabkan marah,
Agama akan hilang disebabkan dengki,
Malu akan hilang disebabkan tamak,
Dan Amal Soleh akan hilang disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Wednesday, June 12, 2013

Amalkan ........... (dari ustaz roslan )

Amalkan setiap hari....


Dari Aban bin Osman, bahwa Nabi saw. bersabda: “Sesiapa membaca

‘BISMILLAAHIL LAZII LAA YADURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDI WALA FIS SAMAA’ WAHUWAS SAMII’UL ‘ALIIM

 (dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi mau pun yang ada di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa musibah hingga malam hari, dan sesiapa membacanya di waktu malam maka tidak akan ditimpa musibah hingga pagi hari, dengan izin Allah.” (HR Ahmad no 497)

Satu ketika Aban bin Osman telah ditimpa musibah mendadak di mana dia telah ditimpa penyakit lumpuh. Sahabat hairan mengapa Aban boleh mengalami musibah mendadak, padahal dia yang telah meriwayatkan hadis doa menolak musibah. Maka Aban bin Usman dengan jujur mengakui bahwa pada hari itu dia telah terlupa membaca doa tersebut.

Subhanallah.