Pesan Habib Kazim as-Saggaf di Pondok Baitul Qurro' Wal Fuqoha' ........ jangan kita lupakan sentiasa 3 perkata ini:
1) setelah setiap kali solat baca "astagfirullah lil mukminina wal mukminats", 27 kali. barangsiapa yang beramal dengannya akan
menjadi orang yang doanya makbul dan disebabkan mereka, akan turun
hujan di muka bumi ini. dan bila kita baca sekali sahaja "astagfirullah
lil mukminina wal mukminats" memakan masa 1 atau 2 saat sahaja, tapi
Allah akan beri kepada kita berbilion2 pahala mengikut bilangan jumlah
orang Islam.
2) setelah solat fardhu Subuh & Maghrib
selawat ke atas Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wassalam 100 kali.
Allah akan kabulkan semua hajat kita dunia & akhirat, dengan syarat
kita istiqomah setiap hari.
3) sebelum tidur, 20 kali
berselawat ke atas Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wassalam, bila
bangun dari tidur baca doa bangun tidur (alhamdulillahil-lazii ahyaanaa
ba'da maa amaatanaa wa ilaihin-nusyur) dan bersiwak, bila nak solat kita
bersiwak. kalau kita tiada kayu siwak itu (kayu dari pokok arak), kita
boleh bersiwak dengan hujung kain (lengan/kolar baju atau kain
rida'/selendang). kerana menurut maksud hadis Nabi sollallahu 'alaihi
wassalam; "Bersiwaklah dengan setiap perkara yang kesat" (diriwayatkan
oleh iman al-Baihaqi dalam kitab sunannya). berkata para ulama fuqaha'
Syafie, "akan dapat pahala siwak itu dengan setiap benda yang kesat".
tetapi yang afdhal dengan kayu siwak dari pohon arak itu. dan yang
terafdhalnya dari kayu pohon arak itu, dari akarnya bukan dari dahannya.
kalau kita ambil kayu siwak ini, kita bersiwak, setiap solat
dikaliganda 70 kali. setiap rakaat dikaliganda 70. semoga Allah beri
kita semua taufiq insyaAllah.
Friday, September 27, 2013
Ingat 3 Perkara .........
Posted by Qalbi........ at Friday, September 27, 2013 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)