SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati
menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari
kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian.
Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan
manusia iaitu:
1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan
ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang,
menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa
kepada pembaziran.
2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia,
fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis
percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.
3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas
kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik
dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.
4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam
bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah
hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad
dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’
(riwayat Muslim).
5. Kedekut & bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun
banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari
membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk
menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang
memerlukan.
6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.
7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan
tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia
seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk
akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan
Muslim).
8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan
dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya
Allah saja yang bersifat maha besar.
9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan
kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam
diri kerana telah diselaputi perasaan ego.
10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang
dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai
bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak
diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.
Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasukdalam kategori melakukan dosa besar.
Sumber: www.ustazazhar.net
Tuesday, April 1, 2014
10 Sikap Buruk Manusia yang Dicela Allah ..........
Posted by Qalbi........ at Tuesday, April 01, 2014 0 comments
Labels: amalan, Ilmu, mutiara hati, reminder, renungan
Subscribe to:
Posts (Atom)