Kadang-kadang kita tersilap. Kita
menilai seorang lelaki yang baik berdasarkan kerjayanya. Hakikatnya
lelaki yang baik itu sebenarnya terletak pada agamanya. Ramai yang
mengetahui perkara ini tetapi beranggapan lelaki beragama itu mestilah
seorang ustaz, imam masjid, pelajar agama dan seumpamanya. Sebenarnya
perkara ini juga tidak benar. Ramai dikalangan ahli agama yang sering
memukul isteri, bersifat kasar, tidak pandai melayan isteri dan
sebagainya. Jadi ini juga bukanlah ciri-ciri seorang lelaki yang baik
sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah. Lelaki yang baik dan
beragama itu mempunyai sifatnya yang tersendiri. Di bawah disenaraikan
10 sikap lelaki yang baik.
Carilah lelaki
yang mempunyai sifat-sifat ini. Jika anda seorang lelaki, jadilah
seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Semoga 10
sikap ini dapat diamalkan oleh semua wahai lelaki yang mencari
redha Allah. Buat wanita solehah yang mencari pasangan yang soleh,
cubalah anda perhatikan 10 sifat yang dinyatakan di atas pada setiap
lelaki yang anda kenal. Jika ada sikap-sikap ini pada mereka. Cubalah
untuk menjadi buat hati mereka. Walau bagaimanapun, tidak semestinya
mahu ada kesemua sikap di atas, jika terdapat 5-6 sikap itu juga sudah
memadai. Manusia boleh berubah. InsyaAllah sifat-sifat baik yang lain
akan menyusul dengan usaha dan kesabaran untuk mencapainya.
0 comments:
Post a Comment