Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah
dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari
matinya hati-hati.” (Riwayat Imam at-Thabrani daripada ‘Ubadah r.a.)
Amalan zikir berikut dipetik daripada kitab Jamik al-Fawaid wa Jauhar
al-Qola’id karangan asy-Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, halaman 117:
AMALAN PERTAMA (dibaca 300 kali):
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْم
Barang siapa membaca pada malam hari raya fitrah 300 kali kemudian
dihadiahkan kepada kaum Muslimin yang telah meninggal dunia, dimasukkan
dalam tiap-tiap kubur mereka 1000 cahaya dan dijadikan dalam kuburnya
nanti 1000 cahaya.
AMALAN KEDUA (dibaca 400 kali):
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهْ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَىْ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر
Barang siapa membacanya pada tiap-tiap satu daripada dua hari raya,
· Dikahwinkan Allah dengan 400 orang Hurul Ain (bidadari).
· Seperti memerdekakan 100 hamba.
· Malaikat membuat baginya beberapa dusun dan ditanamkan beberapa pohon kayu sehingga Hari Kiamat.
Nota: Menurut Imam az-Zuhri (wafat 124H), beliau tidak pernah
meninggalkan amalan ini sejak mendengarnya daripada Anas r.a. manakala
Anas sendiri tidak pernah meninggalkan amalan ini sejak mendengarnya
daripada Rasulullah SAW.
* Bagi kedua-dua amalan, waktu mengamalkannya adalah antara lepas Maghrib malam raya hingga didirikan solat sunat hari raya.
Risalah ini diperkemaskan daripada naskhah asal yang diedarkan oleh Maahad
Raudhatul Ulum, Ulu Rening, Batang Kali serta diperpanjangkan oleh
al-Fadhil Ustaz Azhar Hasyim dalam pengajian di kediaman beliau di Subang
Bestari pada 12 Ogos 2012.
— with Uthman Daud.
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهْ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَىْ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر
Barang siapa membacanya pada tiap-tiap satu daripada dua hari raya,
· Dikahwinkan Allah dengan 400 orang Hurul Ain (bidadari).
· Seperti memerdekakan 100 hamba.
· Malaikat membuat baginya beberapa dusun dan ditanamkan beberapa pohon kayu sehingga Hari Kiamat.
Nota: Menurut Imam az-Zuhri (wafat 124H), beliau tidak pernah meninggalkan amalan ini sejak mendengarnya daripada Anas r.a. manakala Anas sendiri tidak pernah meninggalkan amalan ini sejak mendengarnya daripada Rasulullah SAW.
Raudhatul Ulum, Ulu Rening, Batang Kali serta diperpanjangkan oleh
al-Fadhil Ustaz Azhar Hasyim dalam pengajian di kediaman beliau di Subang
Bestari pada 12 Ogos 2012.
0 comments:
Post a Comment