Wednesday, June 11, 2014

Nisfu Sya'ban .........

- Malam Nisfu (Khamis malam Jumaat, 14 Sya'ban = 12 Jun).
- Nisfu Sya'ban (Jumaat, 15 Sya'ban = 13 Jun).

Sedikit info tentang kelebihan Malam Nisfu Sya'ban;
1. Allah mengampuni dosa² para hamba-Nya yang memohon keampunan pada malam ini.
•••► Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesungguhnya Allah عز وجل menurunkan (para malaikat dengan perintah-Nya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampuni dosa² (para hamba-Nya di mana keampunan pada malam itu) lebih banyak dari bilangan bulu² yang terdapat pada kambing² peliharaan (bani) Kalb."
~ Riwayat Imam Ahmad رحمه الله.
- Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.
Matan arab;
فَقَالَ : " إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا , فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ

◆ Sahabat, jelas sekali bahawa malam ini merupakan malam yang penuh barakah. So, apa kita nak buat jika rahmat, keampunan & bermacam² pemberian Allah akan bertebaran pada malam ini? Nak biarkan sahaja? Oh, insyaAllah tidak.

  Amalan yang dianjurkan;
✔- Bacaan Yasin 3 kali berserta doa panjang umur di dalam taat, dikurniakan rezeki yang banyak lagi halal & dikekalkan iman sampai ajal datang menjemput.
✔- Zikir "Ya Allah" 1000 kali.
✔- Atau APA SAHAJA amalan kebaikan yang mengikut syariat Islam seperti buat majlis ta'lim, istighfar, solat taubah, mengaji surah selain surah Yasin dll.

PERHATIAN!!!
◆ Semua amalan di atas tidak dilakukan pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم secara khusus pada malam Nisfu Sya'ban, namun ia tetap amalan yang tidak terkeluar dari garis panduan Islam. Dianjurkan dengan maksud kebiasaan para ulama' mengamalkannya.
◆ Amalan di atas boleh dikiaskan seperti hukum sambutan MaulidurRasul. Ia bid'ah hasanah. Ia bukan amalan yang WAJIB dilakukan pada malam tersebut. Terpulang kepada anda jika mahu melakukan amalan selain yang dianjurkan di atas. Anda tidak berhak "dimarahi" jika anda melakukan amalan di atas & tidak sepatutnya "memarahi" jika ada orang lain melakukannya.
◆ Yang perlu difahami ialah jangan sampai menetapkan bacaan Yasin sebanyak 3 kali dll itu sebagai SATU KEMESTIAN. Tetapkan sebagai satu yang wajib padahal ia bukan amalan wajib maka itulah yang SALAH.



2. Malamnya didirikan qiamulail (malam Jumaat, 14 Sya'ban = 12 Jun) & esok harinya (Jumaat, 15 Sya'ban = 13 Jun) berpuasa.
•••► Sayyidina Ali كرم الله وجهه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya."

~ Riwayat Imam Ibn Majah رحمه الله.


Matan arab;
إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وصُومُوا نَهَارَهَا

3. Terdapat 18 golongan manusia yang tidak akan mendapat kelebihan Malam Nisfu Sya'ban ini, namun saya hanya ada 5 info sahaja. 


•••► Pada malam itu Allah tidak menoleh kepada;
1. Orang yang melakukan syirik.
2. Pengadu domba (kaki batu api).
3. Pemutus silaturrahim/orang yang bermusuhan.
4. Penderhaka kedua ibu bapa.
5. Orang yang ketagih arak.
---------------------------------------------------------------
Selamat beramal .


0 comments: