Friday, February 27, 2015

Amalkan .............

Pagi Yang Berkat .............


 
 
 
 
-Sebenarnya banyak manfaat jika kita terus bangun awal kerana Rasulullah SAW pernah berdoa. 
Ya Allah berkatilah umatku selama mereka senang bangun Subuh.” 
(HR Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)  
Faedah bangun pagi, antaranya :

a)Pada waktu subuh, gas ozon (O3­­) memenuhi sebahagian besar udara kita. Jumlah gas itu semakin berkumpul dengan munculnya matahari. Kita akan merasakan nikmat apabila menghirup udara pagi, kerana udara pagi ni mengandungi jumlah ozon yang banyak. Gas ozon sangat berguna bagi organ saraf, membuatkan kita semangat bekerja, fikiran tidak bercelaru dan anggota tubuh menjadi cergas. Tak ada waktu yang sesuai untuk kita dapat menikmati udara yang nyaman selain waktu pagi. 
 
b)Sinar matahari pagi, mengandungi warna merah dan warna ungu memberikan pengaruh tersendiri bagi semangat kerja urat saraf, sedangkan sinar ultra violet amat bermanfaat bagi kulit di dalam proses penghasilan vitamin D. 
 
c)Bangun pagi juga dapat mengurangkan waktu tidur. Orang yang tidur lama dalam satu waktu, akan menghidapi penyakit hati, khususnya penyakit atherosclerosis, sesak nafas.
d)Pada waktu pagi, jumlah kortozon yang terdapat dalam darah mencapai puncaknya, sekitar 7-22 mikrogram/100 ml plasma. Sedangkan pada siang hari hanya kurang dari 7 mikrogram/100 plasma. Kortozon merupakan zat yang menguatkan proses metabolisme. 
 
-Baca doa ini, sebaik-baik waktu pagi adalah sejak terbitnya fajar hingga terbitnya matahari. Insyallah beroleh kemurah rezeki, keberkatan dan segala urusan menjadi mudah.  
 

Doa Mengelak Musibah ...........


 
Doa Mengelak Musibah 


Dari Aban bin Osman, bahwa Nabi SAW. bersabda: “Sesiapa membaca BISMILLAAHIL LAZII LAA YADURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDI WALA FIS SAMAA’ WAHUWAS SAMII’UL ‘ALIIM’ Maksudnya : "Dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui", sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa musibah hingga malam hari, dan sesiapa membacanya di waktu malam maka tidak akan ditimpa musibah hingga pagi hari, dengan izin Allah.” (Hadis Riwayat Ahmad no 497) 


Satu ketika Aban bin Osman telah ditimpa musibah mendadak di mana dia telah ditimpa penyakit lumpuh. Sahabat hairan mengapa Aban boleh mengalami musibah, padahal dia yang telah meriwayatkan hadis doa menolak musibah. Maka Aban bin Usman dengan jujur mengakui bahwa pada hari itu dia telah terlupa membaca doa tersebut

 

 

Sedekah Pagi Mengelak Musibah

Selain daripada berdoa kita juga amat dituntut untuk bersedekah pada waktu pagi untuk mengelak daripada sebarang musibah.
Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.wj maksudnya : "Wahai Ali ! Sedekah yang sembunyi-sembunyi itu dapat mereda murka Allah dan dapat menarik rezeki dan berkah yang banyak. Maka berpagi-pagilah kalau bersedekah. Kerana sesungguhnya bahaya itu turun pagi hari, sebelum bahaya turun, bersedekahlah sehingga dapat menolak bahaya di udara."
Semoga doa dan sedekah yang kita amalkan setiap pagi kerana Allah, dapat melindungi diri kita daripada sebarang musibah. Aminn!!!

Monday, February 23, 2015

BAGAIMANA JENAZAH MUFTI BERADA DI KUBUR KRISTIAN???

Bagamana Jenazah Mufti Boleh Berada Di Perkuburan Kristian
Kisah ini terjadi di India.

Pada suatu hari, seorang mufti meninggal dunia dan beliau pun disemadikan di tanah perkuburan Islam. Pada hari yang sama, seorang remaja perempuan Kristian telah meninggal dunia dan disimpan di tanah perkuburan Kristian. Disebabkan oleh suatu kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan, pihak polis terpaksa menggali semula kubur remaja perempuan Kristian tersebut. Alangkah terkejutnya mereka tatkala mendapati mayat perempuan tersebut tidak ada di situ bahkan di kubur itu tersemadinya jenazah seorang mufti! Mereka semua bingung dan hairan bagaimana jenazah boleh bertukar dengan lain.

Hasil perbincangan bersama-sama penduduk Muslim, pihak polis kemudiannya menggali semula kubur mufti tersebut yang asalnya berada di tanah perkuburan Islam. Sekali lagi mengejutkan. Di kubur tersebut, mereka telah menjumpai jenazah remaja perempuan Kristian tadi. Orang ramai semakin bingung. Berita itu tersebar luas sehingga memaksa mereka bertanya kepada waris si mati mengenai apa yang telah remaja perempuan dan mufti itu amalkan ketika di dunia. Mesti ada sesuatu yang Allah hendak jadikan pengajaran terhadap peristiwa bertukarnya kubur itu.

Ibu bapa kepada jenazah perempuan Kristian itu memberitahu, ”Ketika anak kami hidup, dia ada berhasrat untuk memeluk agama Islam tetapi kami menghalangnya. Kami sendiri tidak tahu status agamanya ketika dia meninggal dunia. Adakah masih dalam Kristian atau memeluk Islam secara senyap-senyap.”

Isteri kepada mufti itu pula menceritakan, ”Sepanjang hidup, suami saya memang seorang yang banyak membantu masyarakat menyelesaikan pelbagai masalah agama. Ramai orang bertanyakan kepadanya pelbagai perkara dan dia dapat menyelesaikannya dengan baik. Setiap malam dia akan bangun bersolat tahajjud.” Mereka yang mendengar masih tidak menemui kecacatan kepada sifat mufti itu. Dia seorang yang mulia dan berjasa kepada masyarakat. Tapi, mengapa Allah menukarkan kuburnya ke tanah perkuburan Kristian. Sehinggalah, si isteri meneruskan ceritanya. ”… Cuma, kadang-kadang saya terdengar suami saya merungut sesuatu. Sewaktu dia bangun untuk solat malam, dia berkata, ’Susahnya jadi orang Islam. Kena solat, kena buat itu … kena buat ini … . Jadi orang agama lain kan senang? Tak perlu nak susah-susah buat semua tu’.”

Kadang-kadang, kita tak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Sebab itulah, kita perlu menjauhi semua perkara dan jangan banyak soal mengapa Allah menyuruh kita berbuat sesuatu dan melarang kita berbuat yg lain.

Kadang-kadang, dengan niat yang salah pun Allah murka! Kita juga tidak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan ’senyuman’ Allah. Sebab itulah, kita mesti berusaha untuk melakukan segala kebaikan dan jangan banyak soal mengapa Allah perintahkan kita berbuat itu dan berbuat ini. Dengan niat yang baik pun, Allah suka!

Berhati-hatilah tatkala anda memberi pendapat mengenai sesuatu pelaksanaan hukum-hukum Allah. Tidak takutkah anda dimurkai Allah? Siapa kita untuk mempertikaikan perintah Allah?- Wallahua’lam