Kisah ini terjadi di India.
Pada suatu hari, seorang
mufti meninggal dunia dan beliau pun disemadikan di tanah perkuburan
Islam. Pada hari yang sama, seorang remaja perempuan Kristian telah
meninggal dunia dan disimpan di tanah perkuburan Kristian. Disebabkan
oleh suatu kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan, pihak polis
terpaksa menggali semula kubur remaja perempuan Kristian tersebut.
Alangkah terkejutnya mereka tatkala mendapati mayat perempuan tersebut
tidak ada di situ bahkan di kubur itu tersemadinya jenazah seorang
mufti! Mereka semua bingung dan hairan bagaimana jenazah boleh bertukar
dengan lain.
Hasil perbincangan
bersama-sama penduduk Muslim, pihak polis kemudiannya menggali semula
kubur mufti tersebut yang asalnya berada di tanah perkuburan Islam.
Sekali lagi mengejutkan. Di kubur tersebut, mereka telah menjumpai
jenazah remaja perempuan Kristian tadi. Orang ramai semakin bingung.
Berita itu tersebar luas sehingga memaksa mereka bertanya kepada waris
si mati mengenai apa yang telah remaja perempuan dan mufti itu amalkan
ketika di dunia. Mesti ada sesuatu yang Allah hendak jadikan pengajaran
terhadap peristiwa bertukarnya kubur itu.
Ibu bapa kepada jenazah
perempuan Kristian itu memberitahu, ”Ketika anak kami hidup, dia ada
berhasrat untuk memeluk agama Islam tetapi kami menghalangnya. Kami
sendiri tidak tahu status agamanya ketika dia meninggal dunia. Adakah
masih dalam Kristian atau memeluk Islam secara senyap-senyap.”
Isteri kepada mufti itu
pula menceritakan, ”Sepanjang hidup, suami saya memang seorang yang
banyak membantu masyarakat menyelesaikan pelbagai masalah agama. Ramai
orang bertanyakan kepadanya pelbagai perkara dan dia dapat
menyelesaikannya dengan baik. Setiap malam dia akan bangun bersolat
tahajjud.” Mereka yang mendengar masih tidak menemui kecacatan kepada
sifat mufti itu. Dia seorang yang mulia dan berjasa kepada masyarakat.
Tapi, mengapa Allah menukarkan kuburnya ke tanah perkuburan Kristian.
Sehinggalah, si isteri meneruskan ceritanya. ”… Cuma, kadang-kadang saya
terdengar suami saya merungut sesuatu. Sewaktu dia bangun untuk solat
malam, dia berkata, ’Susahnya jadi orang Islam. Kena solat, kena buat
itu … kena buat ini … . Jadi orang agama lain kan senang? Tak perlu nak
susah-susah buat semua tu’.”
Kadang-kadang, kita tak
tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Sebab
itulah, kita perlu menjauhi semua perkara dan jangan banyak soal mengapa
Allah menyuruh kita berbuat sesuatu dan melarang kita berbuat yg lain.
Kadang-kadang, dengan
niat yang salah pun Allah murka! Kita juga tidak tahu, amalan manakah
yang boleh mendatangkan ’senyuman’ Allah. Sebab itulah, kita mesti
berusaha untuk melakukan segala kebaikan dan jangan banyak soal mengapa
Allah perintahkan kita berbuat itu dan berbuat ini. Dengan niat yang
baik pun, Allah suka!
Berhati-hatilah tatkala
anda memberi pendapat mengenai sesuatu pelaksanaan hukum-hukum Allah.
Tidak takutkah anda dimurkai Allah? Siapa kita untuk mempertikaikan
perintah Allah?- Wallahua’lam
0 comments:
Post a Comment