Sebagai
peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid,
di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk
bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan
khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka
berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi
memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam
dan mberi tazkirah seperti berikut:
"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
Seorang
wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian?
Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.
Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:
Contoh 1
Katakan
kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram
dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus
agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan
wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas
rumah, hatta suami pun kena sumpah.
Contoh 2
Sedang memasak gas habis. Kita mungkin berkata "****** punya gas. Masa ni jugak nak habis."
Yang
dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti
tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang
telah ditunaikan oleh suami.
Berkaitan
dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami
yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'.
Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri,
jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu
ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka
dia akan berkata,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).
[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']
Rasulullah
SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak
nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala
amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum
wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan
kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka
seperti yang disebutkan tadi..
Fadhilat beristighfar:
a. Sabda Rasulullah SAW:
"Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).."
Sebelum
nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah
SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda
sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk
mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini
dalam amalan-amalan harian kita.
b .Sabda Rasulullah SAW:
"Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"
c.
Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya
dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga
termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak
semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
1.
Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah
terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah
rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina
Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah
menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda
SAW, hati baginda
dipenuhi
dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau.
Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri
baginda.
Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta
diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW
telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah
satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair
Arab yang berbunyi :
"Nak
buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."
Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah
kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat
sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang..
"SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"
Sumber: Yang Berbahagia Ustaz Azhar Idrus.
0 comments:
Post a Comment