Pada zaman Imm Malik, terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya.
Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki
(pelacur). Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh
seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si
pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu.
Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya, tangan si
pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk
melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit. Terdapat berbagai
cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah itu.
Akhirnya ada 2 pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.
Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yang kedua pula tanam
/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekali gus.
Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut masih lagi kurang
sesuai, salah seorang dari mereka mereka memutuskan untuk meminta
pendapat daripada Imam Malik.
Imam Malik bukan calang-calang
orang yang memberi fatwa. Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang
berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu, "Apakah
kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya?"
Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab
bahawa dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika
menguruskan jenazah.
Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan
dan takut tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat,
akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata,
"Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar
dan memukul-mukul berkali pada batang tubuh si mati."
Imam Malik
berkata, "Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita
tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi
begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman
hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4
saksi."
Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila
tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah SWT, terlepaslah
tangannya dari mayat tersebut.
PENGAJARAN:-
Jaga lidah
jangan sebarkan fitnah.
Jangan bersangka buruk dengan kuasa Allah Taala.
Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun, tapi kalau kita tak
pernah lihat perbuatan zinanya, maka kita dilarang menuduhnya berzina.
Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai
tauladan dan ikhtibar.
Kerana itu ingatlah, apabila kita membantu
menyebar sesuatu perkara buruk dalam masyarakat, negeri atau negara,
yang mana kita tidak menyaksi dan tiada saksi, maka tunggulah suatu
hari, kita akan menerima balasannya, walaupun peristiwa itu berlaku.
Berhati-hatilah semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahatan.
Wednesday, November 12, 2014
Imam Malik dan Pemandi Mayat ..........
Posted by Qalbi........ at Wednesday, November 12, 2014 0 comments
Labels: manner/adab, reminder, renungan, stories / lesson, wanita
Pembuka Pintu Rezeki .........
Posted by Qalbi........ at Wednesday, November 12, 2014 0 comments
Labels: amalan, Ilmu, mutiara hati, renungan, Tips
Thursday, September 25, 2014
Bulan Zulhijjah ............
“Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat (penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu. Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga.”
(HR al-Bukhari & Muslim)
1) Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”Para sahabat bertanya: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”(HR al-Bukhari)
2) Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah
“Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”(HR Muslim)
3) Solat `Eidul-Adha
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.”(HR Abu Daud: 1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021)
“Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi ALLAH adalah Hari Raya Aidiladha.”(HR Abu Daud: 1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud)
4) Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.
“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH ialah menyembelih korban. Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya. Sesungguhnya ALLAH akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi. Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.”(Ibn Majah: 3117 dan at-Tirmizi: 1412)
Posted by Qalbi........ at Thursday, September 25, 2014 0 comments
JENIS WAKTU SOLAT ...........
1. Waktu Fadhilah (waktu utama).
>>> Tempohnya: 10 - 15 minit selepas azan dikumandangkan.
* Muslim yang menunaikan solat pada masa ini bukan sekadar mendapat
pahala solat bahkan ditambah bonus pahala waktu fadhilah. Allahu Allah
ツ.
2. Waktu Ikhtiar (waktu yang lapang).
>>> Tempohnya: Bermula selepas waktu utama hingga sebelum masuk waktu solat yang lain.
3. Waktu Mubah (waktu harus).
>>> Tempohnya: Sekadar cukup untuk tunaikan solat fardhu
sahaja, selesai sahaja solat terus terdengar azan tanda masuk waktu
solat yang lain.
4. Waktu Makruh (waktu yang ditegah).
>>> Tempohnya: Belum selesai solat fardhu, azan telah dikumandangkan untuk waktu solat yang lain.
5. Waktu Haram.
>>> Tempohnya: Solat di dalam waktu solat yang lain -qadha. Solat Zuhur di dalam waktu solat Asar.
Posted by Qalbi........ at Thursday, September 25, 2014 0 comments
Friday, September 19, 2014
Kenapa Anda Memilih Pasangan Anda?
Ini
adalah soalan psikologi yang dikira sangat menarik. Ianya bukan
sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat
mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun
ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.
Ada 5 perkara berlaku serentak.
1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.
Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan urusakan terlebih dahulu?
Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.
Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.
Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.
Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan
selesaikan mengikut keutamaan anda.
Fikir…
Fikir…
Fikir…
Fikir…
Sekarang, anda ingin tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?
Kita sama-sama semak jawapan anda …
Apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda?
a. Kalau anda memilih untuk menutup air medidih: ia
menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda.
b. Jika anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air:
ia menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
c. Jika anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis: ia
menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.
d. Jika anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi: ia
menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan
anda.
e. Jika anda memilih untuk membuka pintu: ia menandakan
anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan
anda.
Bagaimana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh
bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah
perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.
Posted by Qalbi........ at Friday, September 19, 2014 0 comments
Solat Sunat Taubat ..............
Fadhilat Taubat:
CARA SOLAT TAUBAT
1. Niat Solat Sunat Taubat:
2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
5. Baca Doa Taubat
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
Posted by Qalbi........ at Friday, September 19, 2014 0 comments
Friday, June 13, 2014
6 Syarat aurat solat tanpa telekung ...........
Terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping Kompleks. Alasannya tak bawa telekung atau telekung yang disediakan di surau kat shopping kompleks kotor dan tak menyenangkan. Yang agak beragama pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang dari landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. Entah kitab mana yang dirujuk dan entah ulama mana yang dijadikan sandaran.
Sebenarnya, Qada solat adalah untuk orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja seperti tertidur dan terlupa. Bagi yang meninggalkan solat secara sengaja,termasuk dengan alasan tidak bawa telekung hukumnya berdosa besar( malah sesetengah ulama menghukumnya sebagai kafir). Pelakunya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menqada solat yang ditinggalkan itu sesegera mungkin. Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita tersebut telah memakai pakaian yang memenuhi kriteria menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh langsung bersolat dengan pakaian tersebut.
SYARAT 1 : Mestilah Menutup Dagu.
Ramai orang solat tanpa telekung tak bertutup lohong dagu dia. Kalau pakai tudung bawal, boleh pin kan bahagian tepi. Kalau pakai tudung sarung, kena la pakai dua lapis untuk tutup dagu tu. Gunalah style apapun, yang penting mesti tutup. Jangan lupa pin kan belakang tudung dengan baju! Nanti time sujud, boleh terselak tudung. Nanti nampak leher, batal pulak. Jangan lupa bab tu.
Isu dagu ni terdapat khilaf, canggah pendapat. Jadi, ikutlah mana yang rasa betul.
SYARAT 2 : SEELOK-ELOKNYA PAKAI HANDSOCKS!
Yes, sebab time melakukan pergerakan solat, ada kemungkinan baju lengan kita boleh tersingkap dan nampak aurat. Memang kita boleh cepat-cepat betulkan, tapi solat kita akan jadi sangat tak selesa dan kita tak sedar kalau terbukak aurat So, kenalah pakai ok. Handsocks ni memang digalakkan.
SYARAT 3 : Memakai Baju Lengan Pendek Dengan Handsocks.
Ingat, syaratnya MENUTUP AURAT, bukan MEMBALUT AURAT. Kalau handsocks nya ketat, maka tak dikira menutup aurat sebab ketat. Paling selamat kalau pakai baju lengan pendek ni dipakai 3 lapis. Baju luar lengan pendek, baju lagi kat dalam lengan panjang, dan handsocks. Sanggup?
Jadi, tak boleh. Baju kenalah longgar semuanya. Tak boleh ada yang ketat, walaupun lengan tangan.
SYARAT 4 : Kain Tak Jarang Dan Nampak Dalam.
Seeloknya solat tanpa telekung biarlah pakai kain. Jadi bentuk kaki semua lagi yakin tertutup. Cuma, pakailah seluar kat dalam kain. Nanti time solat tersingkap kain tu, susah jugak. Baju rasanya tak perlu risau. Cuma perlu labuh dan longgar. Kalau pakai tudung labuh, lagi mudah. Dan tudung bawal ni kadang-kadang boleh nampak bayang-bayang leher kita, jadi pastikan takde bayang-bayang semua sebelum solat, ok. Nanti terbatal solat, sayang je kita solat.
SYARAT 5 : Pakai Stokin Yang Tebal.
Pastikan stokin yang dipakai kenalah longgar dan tak nampak warna kulit kaki kita. Dan tak nampak bentuk jari antara kaki. Jadi, kita kena kasi longgar-longgar sikit stokin tu. Apapun, nampak jari kat stokin tu pun ada khilaf jugak, bercanggah pandangan. Ada yang kata nampak bentuk dimaafkan pada syarak. Allahhua'lam..Sebab tu la tak digalakkan pakai stokin terlalu pendek dan nipis. Nanti susah nak solat.
SYARAT 6 : Pakai Seluar?
Seeloknya, pakailah kain. Sebab khuatir seluar ketat dan time buat pergerakan solat akan tertimbul bahagian-bahagian yang tidak diingini. Kita boleh pakai seluar. Tapi seluar tu mestilah longgar dan baju yang kita pakai mestilah labuh hingga menutup punggung dan peha.
Banyak benda perlu berhati-hati kalau nak solat tanpa telekung, terutama bila lakukan pergerakan solat. Sebab tu pakaian semua perlu longgar dan tudung seeloknya labuh.
Posted by Qalbi........ at Friday, June 13, 2014 0 comments
Wednesday, June 11, 2014
Nisfu Sya'ban .........
- Malam Nisfu (Khamis malam Jumaat, 14 Sya'ban = 12 Jun).
- Nisfu Sya'ban (Jumaat, 15 Sya'ban = 13 Jun).
Sedikit info tentang kelebihan Malam Nisfu Sya'ban;
1. Allah mengampuni dosa² para hamba-Nya yang memohon keampunan pada malam ini.
•••► Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesungguhnya Allah عز وجل
menurunkan (para malaikat dengan perintah-Nya) pada malam nisfu Sya’ban
ke langit dunia, lalu Allah mengampuni dosa² (para hamba-Nya di mana
keampunan pada malam itu) lebih banyak dari bilangan bulu² yang terdapat
pada kambing² peliharaan (bani) Kalb."
~ Riwayat Imam Ahmad رحمه الله.
- Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.
Matan arab;
فَقَالَ : " إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ
مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا , فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ
عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ
◆ Sahabat, jelas sekali bahawa malam ini merupakan malam yang penuh
barakah. So, apa kita nak buat jika rahmat, keampunan & bermacam²
pemberian Allah akan bertebaran pada malam ini? Nak biarkan sahaja? Oh,
insyaAllah tidak.
Amalan yang dianjurkan;
✔- Bacaan Yasin 3 kali
berserta doa panjang umur di dalam taat, dikurniakan rezeki yang banyak
lagi halal & dikekalkan iman sampai ajal datang menjemput.
✔- Zikir "Ya Allah" 1000 kali.
✔- Atau APA SAHAJA amalan kebaikan yang mengikut syariat Islam seperti
buat majlis ta'lim, istighfar, solat taubah, mengaji surah selain surah
Yasin dll.
PERHATIAN!!!
◆ Semua amalan di atas tidak
dilakukan pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم secara khusus pada
malam Nisfu Sya'ban, namun ia tetap amalan yang tidak terkeluar dari
garis panduan Islam. Dianjurkan dengan maksud kebiasaan para ulama'
mengamalkannya.
◆ Amalan di atas boleh dikiaskan seperti hukum
sambutan MaulidurRasul. Ia bid'ah hasanah. Ia bukan amalan yang WAJIB
dilakukan pada malam tersebut. Terpulang kepada anda jika mahu melakukan
amalan selain yang dianjurkan di atas. Anda tidak berhak "dimarahi"
jika anda melakukan amalan di atas & tidak sepatutnya "memarahi"
jika ada orang lain melakukannya.
◆ Yang perlu difahami ialah
jangan sampai menetapkan bacaan Yasin sebanyak 3 kali dll itu sebagai
SATU KEMESTIAN. Tetapkan sebagai satu yang wajib padahal ia bukan amalan
wajib maka itulah yang SALAH.
2. Malamnya didirikan qiamulail (malam Jumaat, 14 Sya'ban = 12 Jun) & esok harinya (Jumaat, 15 Sya'ban = 13 Jun) berpuasa.
•••► Sayyidina Ali كرم الله وجهه berkata bahawa Rasulullah صلى الله
عليه وسلم bersabda: "Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah
kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya."
~ Riwayat Imam Ibn Majah رحمه الله.
Matan arab;
إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وصُومُوا نَهَارَهَا
3. Terdapat 18 golongan manusia yang tidak akan mendapat kelebihan
Malam Nisfu Sya'ban ini, namun saya hanya ada 5 info sahaja.
•••► Pada malam itu Allah tidak menoleh kepada;
1. Orang yang melakukan syirik.
2. Pengadu domba (kaki batu api).
3. Pemutus silaturrahim/orang yang bermusuhan.
4. Penderhaka kedua ibu bapa.
5. Orang yang ketagih arak.
---------------------------------------------------------------
Selamat beramal .
Posted by Qalbi........ at Wednesday, June 11, 2014 0 comments
Labels: amalan, doa (http://www.darussyifa.org), Ilmu, reminder, renungan, zikir
Friday, May 16, 2014
MISTERI SURAH ALFATIHAH ................
1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental
4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan
5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu
SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA
Posted by Qalbi........ at Friday, May 16, 2014 0 comments
Labels: amalan, knowledge, manner/adab, mutiara hati, reminder, renungan, Tips, zikir
Wednesday, May 14, 2014
Senangnya Untuk Mendapat Pahala ................
Posted by Qalbi........ at Wednesday, May 14, 2014 0 comments
Labels: amalan, Ilmu, mutiara hati, reminder, renungan, Tips
Tuesday, April 1, 2014
10 Sikap Buruk Manusia yang Dicela Allah ..........
SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati
menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari
kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian.
Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan
manusia iaitu:
1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan
ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang,
menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa
kepada pembaziran.
2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia,
fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis
percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.
3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas
kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik
dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.
4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam
bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah
hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad
dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’
(riwayat Muslim).
5. Kedekut & bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun
banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari
membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk
menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang
memerlukan.
6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.
7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan
tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia
seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk
akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan
Muslim).
8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan
dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya
Allah saja yang bersifat maha besar.
9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan
kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam
diri kerana telah diselaputi perasaan ego.
10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang
dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai
bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak
diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.
Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasukdalam kategori melakukan dosa besar.
Sumber: www.ustazazhar.net
Posted by Qalbi........ at Tuesday, April 01, 2014 0 comments
Labels: amalan, Ilmu, mutiara hati, reminder, renungan
Wednesday, February 12, 2014
A Good Reminder ..........
Posted by Qalbi........ at Wednesday, February 12, 2014 0 comments
Labels: amalan, manner/adab, mutiara hati, Quotes, reminder, renungan
Friday, February 7, 2014
Hutang .........
Sama2 kita amalkan doa di bawah selepas solat
ALLAHUMMA INNI AU ZUBIKA MINAL HAMMI WAL HAZAN.. WA AUZUBIKA MINAL AJZI
WAL KASAL.. WA AUZUBIKA MINAL JUBNI WAL BUKHL.. WA AUZUBIKA MIN
GHALABADIT DAINI WAQAH RIL RIJAAL..
"Ya Allah, aku berlindung
kepada-Mu dari kegundahan dan kesedihan dan aku berlindung kepada-Mu
dari kelemahan dan kemalasan dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat
penakut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan
pemaksaan dari orang lain . " Amin.. (HR Abu Dawud).
Posted by Qalbi........ at Friday, February 07, 2014 0 comments
Labels: amalan, doa (http://www.darussyifa.org), prayer, renungan, zikir
Friday, January 10, 2014
Nasihat Kubur:
1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
2). Aku adalah tempat paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM . ..
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan banyak membaca AL-QUR'AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit,bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
7). Aku adalah Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan banyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"
Posted by Qalbi........ at Friday, January 10, 2014 0 comments