Pada zaman Imm Malik, terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya.
Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki
(pelacur). Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh
seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si
pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu.
Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya, tangan si
pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk
melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit. Terdapat berbagai
cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah itu.
Akhirnya ada 2 pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.
Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yang kedua pula tanam
/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekali gus.
Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut masih lagi kurang
sesuai, salah seorang dari mereka mereka memutuskan untuk meminta
pendapat daripada Imam Malik.
Imam Malik bukan calang-calang
orang yang memberi fatwa. Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang
berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu, "Apakah
kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya?"
Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab
bahawa dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika
menguruskan jenazah.
Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan
dan takut tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat,
akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata,
"Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar
dan memukul-mukul berkali pada batang tubuh si mati."
Imam Malik
berkata, "Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita
tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi
begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman
hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4
saksi."
Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila
tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah SWT, terlepaslah
tangannya dari mayat tersebut.
PENGAJARAN:-
Jaga lidah
jangan sebarkan fitnah.
Jangan bersangka buruk dengan kuasa Allah Taala.
Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun, tapi kalau kita tak
pernah lihat perbuatan zinanya, maka kita dilarang menuduhnya berzina.
Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai
tauladan dan ikhtibar.
Kerana itu ingatlah, apabila kita membantu
menyebar sesuatu perkara buruk dalam masyarakat, negeri atau negara,
yang mana kita tidak menyaksi dan tiada saksi, maka tunggulah suatu
hari, kita akan menerima balasannya, walaupun peristiwa itu berlaku.
Berhati-hatilah semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahatan.
Wednesday, November 12, 2014
Imam Malik dan Pemandi Mayat ..........
Posted by Qalbi........ at Wednesday, November 12, 2014
Labels: manner/adab, reminder, renungan, stories / lesson, wanita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment